Monday 25 November 2019

BBM3410Satu2019: Ulasan Buku kajian Wacana dan Strategi Komunikasi: Teori dan Aplikasi Normaliza Abd Rahim (2019)


Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi: Teori dan Aplikasi terdiri daripada wacana dan strategi komunikasi (Bab 1). Terdapat beberapa teori yang dibincangkan dalam bahagian wacana. Wacana merangkumi percakapan, komunikasi, tulisan dan teks yang dianalisis untuk mencari makna tersirat dan tersurat, serta wacana juga merangkumi bahasa simbol, bahasa isyarat yang ada memberikan maksud kepada semua pihak (Normaliza Abdul Rahim, 2018b).
Bab dua merupakan bab berkaitan teori antaranya ialah Teori Analisis Wacana Brown & Yule (1983), Teori Analisis Wacana Stubbs (1983), Teori Analisis Wacana Kritis vanDijk (1977), Pendekatan Analisis Wacana Normaliza Abd Rahim (2018) dan Teori Analisis Wacana Normaliza Abd Rahim (2018). Berdasarkan Teori Analisis Wacana Brown & Yule (1983) terdapat empat elemen utama di dalam wacana. Elemen tersebut ialah pra-andaian, implikatur, rujukan dan inferens. Secara amnya, pra-andaian diistilahkan sebagai pragmatik atau andaian yang mungkin akan diterima oleh pendegar. Implikatur merupakan kemungkinan makna yang disampaikan oleh penutur berbeza dengan apa yang mereka bicarakan. Rujukan merupakan ujaran yang berbentuk rundingan. Dan inferens merujuk kepada kesimpulan atau hubungan daripada satu ungkapan dengan ungkapan yang lain.
Wacana dapat disampaikan melalui beberapa cara antaranya ialah melalui lirik lagu, cerita dan ungkapan (Bab 3). Hal ini kerana, analisis wacana tekstual dan ujaran membincangkan tentang tiga elemen utama dalam wacana. Elemen tersebut merupakan wacana tekstual lirik lagu, wacana tekstual cerita sosial dan ujaran dalam kalangan kanak-kanak. Berdasarkan bab ini, penyampaian wacana disentuh dengan mengaitkan penceritaan kanak-kanak autisme.
Selain daripada wacana, terdapat juga strategi komunikasi yang dinyatakan di dalam buku Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi: Teori dan Aplikasi. Berdasarkan bab empat, komunikasi dapat dilakukan dalam pelbagai bentuk antaranya ialah komunikasi dalam kumpulan besar dan kumpulan kecil. Komunikasi juga dapat disampaikan dalam media cetak atau media massa.
Bab lima ini merupakan bab berkaitan strategi komunikasi dapat dikaitkan dengan taksonomi dan pendekatan strategi komunikasi. Menurut Normaliza Abd Rahim (2019) yang mengadaptasi kajian Tarone (1977) menyatakan bahawa strategi komunikasi mempunyai lima unsur iaitu pengelakan, prafrasa, pemindahan secara sedar, meminta pertolongan dan akhir sekali ialah mimikan. Unsur-unsur strategi komunikasi seperti prafrasa, pemindahan, meminta tolong, mimikan dan pengelakkan dirincikan lagi dengan huraian yang lebih mendalam (Tarone, 1980).  
Bab enam membincangkan tentang komunikasi yang dapat dikaitkan dengan golongan kanak-kanak dan ia dapat dianalisis menggunakan taksonomi dan pendekatan strategi komunikasi. Perkara ini dapat dikaji dengan menggunakan 16 pendekatan iaitu singkatan, perkataan baharu tiada makna, penafian, percanggahan, persoalan, pengulangan, perujukan, pembentulan, kendiri, topil berlainan, perngabaian mesej, celahan, penangguhan, terjemahan literal, pelbagai bahasa, pertukaran kosa kata, imaginasi dan kesopanan (Normaliza Abd Rahim, 2019). Pada bab tujuh, cadangan dan pandangan berdasarkan kajian wacana dapat digunakan supaya dapat membantu penyelidik membuat penelitian dalam kajian wacana dan strategi komunikasi.

Implikasi buku ini ialah, saya dapat mempelajari pelbagai ilmu berkaitan wacana. Di samping itu, wacana dan strategi komunikasi dapat digunakan dan diaplikasikan dalam kehidupan sehairan.

Buku ini berharga RM20












Rujukan:
Brown,G., & Yule, G. (1983). Discourse Analysis. Cambridge: Cambridge University Press.
Normaliza Abd Rahim. (2018b). Memori dan Lagenda: Nilai Animasi Lagu Cerits Rakyat dan Teori Analisis Wacana. Seminar Sastera Kanak-kanak dan Remaja ke 7. Dewan Bahasa dan Pustaka. 3 Mei 2018
Normaliza Abd Rahim. (2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi Teori dan Aplikasi. Terengganu: Penerbit Universiti Terengganu Malaysia (UTM).


Thursday 14 November 2019

BBM3410Satu2019: Tak Baca Arahan dengan Betul

Haa inilah padahnya kalau tak baca betul² arahan yang En. Akmal suruh. Kan En. Akmal dah marah.

Maaf En. Akmal, minta ampun 🙏🏻 lain kali saya tengok betul² arahan yang En. Akmal tulis dekat depan.
Terima kasih juga sudi ingatkan saya 😅.
Selamat berkonvo En. Akmal 

Rajin En. Akmal like atau comment dekat semua pelajar Multimedia dia 😁😁

Wednesday 13 November 2019

BBM3410Satu2019: Like dan Comment

Excited sebab baru je dapat comment dan like daripada @aaliaroslan

#MultimediaDalamBahasa






Tuesday 12 November 2019

BBM3410Satu2019: Amali Minggu 7

Apa kami buat dalam kelas Amali pada minggu ke 7? Kami buat aktiviti 2 dan aktiviti 3 dalam buku Eh!!! Media Sosial. Nak tahu aktiviti tu berkaitan apa? Klik la link ni

https://mobile.twitter.com/snabilahrahim/status/1187275498503602176




BBM3410Satu2019: Bebenang Mengenai Kisah Alim

Jom tengok bebenang yang saya buat di Twitter. Bebenang ni berkaitan apa? Kisah apa pula yang saya tulis? Jom klik link di bawah

https://mobile.twitter.com/snabilahrahim/status/1187249870710554624


of

BBM3410Satu2019: RUMUSAN BAB 5

Tugasan kedua yang En. Akmal bagi untuk kelas amali minggu ni ialah merumuskan bab 5. Dan rumusan tersebut perlu dipos di Facebook. Ini link untuk rumusan bab 5 tu. (Klik link ni untuk terus ke akaun Facebook saya)

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=2762799870438639&id=100001259599762



BBM3410Satu2019: KATA-KATA MOTIVASI


Apa yang En. Akmal bagi untuk kelas amali minggu ke 9 ni? Haaaa, kami (pelajar Multimedia dalam Bahasa) kena cipta satu kata-kata motivasi dan kata-kata motivasi saya ialah "Rancanglah masa sebelum masa mengejar anda". Sebab apa? Sebab kalau kita tak rancang masa sekarang, nanti kita akan terkejar-kejar bila sesuatu kerja tu perlu dihantar. Masa tulah baru kita rasa menyesal. Dan waktu itu juga lah tiada guna menyesalkan masa lampau.


Sunday 10 November 2019

BBM3410Satu2019: VIDEO ONE SHOT

Nak hiburkan hati? Nak tengok Siti Nurhaliza versi Gadis Trex? Nak tengok macam mana kecewanya hati seorang perempuan? Nak tengok macam mana muka-muka Gadis Trex tak dapat raya? Jom tengok.


BBM3410SATU - VIDEO 7 (ONE SHOT) 





BBM3410SATU - VIDEO 8 (ONE SHOT 2 LAYER)



BBM3410SATU - VIDEO 9 (ONE SHOT 3 LAYER)


Jangan lupa comment, like dan subscribe channel Youtube Gadis Trex Production ye 💕💕💕

Wednesday 6 November 2019

BBM3410Satu2019: 5 Pantun

Kami (pelajar Multimedia dalam Bahasa semester 1 2019/ 2020) ditugaskan untuk mengomen di ruangan Facebook rakan kami. Tapi, kami perlu balas menggunakan pantun yaaa 🤣🤣🤣.

Antara akaun Facebook rakan saya yang telah saya komen ialah:

1. Nur Qamarina

2. Athirah Basir

3. Hamiza Albahrin

4. Nurul Syamimie

5. Sunbaenim Ainul


BBM3410Satu2019: Amali Minggu 8

Minggu ke 8, kami ditugaskan untuk membuat akaun Facebook dan mengepos dua buah pantun empat kerat. Ini merupakan akaun Facebook​ saya https://m.facebook.com/sitinabilahrahim?ref=bookmarks.


#SayaMasihBertatihDalamMerangkaPantun

Friday 1 November 2019

BBM3410Satu2019: FOTOGRAFI 6 (FLAT LAY INDIVIDU)

Nak tengok flat lay makanan? Mari saksikan video flat lay makanan di siaran Youtube saya Siti Nabilah Rahim atau klik pada link ni
https://youtu.be/blGYIMWTJWQ

Boleh klik pada nama siaran Youtube di atas dan link di atas. Ia akan terus bawa anda ke akaun Youtube. Selamat menonton 😊


BBM3410SATU2019: KALENDER

Saya berjaya buat kalendar sendiri hasil ajaran En. Akmal. Terima kasih En. Akmal