Monday, 25 November 2019

BBM3410Satu2019: Ulasan Buku kajian Wacana dan Strategi Komunikasi: Teori dan Aplikasi Normaliza Abd Rahim (2019)


Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi: Teori dan Aplikasi terdiri daripada wacana dan strategi komunikasi (Bab 1). Terdapat beberapa teori yang dibincangkan dalam bahagian wacana. Wacana merangkumi percakapan, komunikasi, tulisan dan teks yang dianalisis untuk mencari makna tersirat dan tersurat, serta wacana juga merangkumi bahasa simbol, bahasa isyarat yang ada memberikan maksud kepada semua pihak (Normaliza Abdul Rahim, 2018b).
Bab dua merupakan bab berkaitan teori antaranya ialah Teori Analisis Wacana Brown & Yule (1983), Teori Analisis Wacana Stubbs (1983), Teori Analisis Wacana Kritis vanDijk (1977), Pendekatan Analisis Wacana Normaliza Abd Rahim (2018) dan Teori Analisis Wacana Normaliza Abd Rahim (2018). Berdasarkan Teori Analisis Wacana Brown & Yule (1983) terdapat empat elemen utama di dalam wacana. Elemen tersebut ialah pra-andaian, implikatur, rujukan dan inferens. Secara amnya, pra-andaian diistilahkan sebagai pragmatik atau andaian yang mungkin akan diterima oleh pendegar. Implikatur merupakan kemungkinan makna yang disampaikan oleh penutur berbeza dengan apa yang mereka bicarakan. Rujukan merupakan ujaran yang berbentuk rundingan. Dan inferens merujuk kepada kesimpulan atau hubungan daripada satu ungkapan dengan ungkapan yang lain.
Wacana dapat disampaikan melalui beberapa cara antaranya ialah melalui lirik lagu, cerita dan ungkapan (Bab 3). Hal ini kerana, analisis wacana tekstual dan ujaran membincangkan tentang tiga elemen utama dalam wacana. Elemen tersebut merupakan wacana tekstual lirik lagu, wacana tekstual cerita sosial dan ujaran dalam kalangan kanak-kanak. Berdasarkan bab ini, penyampaian wacana disentuh dengan mengaitkan penceritaan kanak-kanak autisme.
Selain daripada wacana, terdapat juga strategi komunikasi yang dinyatakan di dalam buku Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi: Teori dan Aplikasi. Berdasarkan bab empat, komunikasi dapat dilakukan dalam pelbagai bentuk antaranya ialah komunikasi dalam kumpulan besar dan kumpulan kecil. Komunikasi juga dapat disampaikan dalam media cetak atau media massa.
Bab lima ini merupakan bab berkaitan strategi komunikasi dapat dikaitkan dengan taksonomi dan pendekatan strategi komunikasi. Menurut Normaliza Abd Rahim (2019) yang mengadaptasi kajian Tarone (1977) menyatakan bahawa strategi komunikasi mempunyai lima unsur iaitu pengelakan, prafrasa, pemindahan secara sedar, meminta pertolongan dan akhir sekali ialah mimikan. Unsur-unsur strategi komunikasi seperti prafrasa, pemindahan, meminta tolong, mimikan dan pengelakkan dirincikan lagi dengan huraian yang lebih mendalam (Tarone, 1980).  
Bab enam membincangkan tentang komunikasi yang dapat dikaitkan dengan golongan kanak-kanak dan ia dapat dianalisis menggunakan taksonomi dan pendekatan strategi komunikasi. Perkara ini dapat dikaji dengan menggunakan 16 pendekatan iaitu singkatan, perkataan baharu tiada makna, penafian, percanggahan, persoalan, pengulangan, perujukan, pembentulan, kendiri, topil berlainan, perngabaian mesej, celahan, penangguhan, terjemahan literal, pelbagai bahasa, pertukaran kosa kata, imaginasi dan kesopanan (Normaliza Abd Rahim, 2019). Pada bab tujuh, cadangan dan pandangan berdasarkan kajian wacana dapat digunakan supaya dapat membantu penyelidik membuat penelitian dalam kajian wacana dan strategi komunikasi.

Implikasi buku ini ialah, saya dapat mempelajari pelbagai ilmu berkaitan wacana. Di samping itu, wacana dan strategi komunikasi dapat digunakan dan diaplikasikan dalam kehidupan sehairan.

Buku ini berharga RM20












Rujukan:
Brown,G., & Yule, G. (1983). Discourse Analysis. Cambridge: Cambridge University Press.
Normaliza Abd Rahim. (2018b). Memori dan Lagenda: Nilai Animasi Lagu Cerits Rakyat dan Teori Analisis Wacana. Seminar Sastera Kanak-kanak dan Remaja ke 7. Dewan Bahasa dan Pustaka. 3 Mei 2018
Normaliza Abd Rahim. (2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi Teori dan Aplikasi. Terengganu: Penerbit Universiti Terengganu Malaysia (UTM).


No comments:

Post a Comment

BBM3410SATU2019: KALENDER

Saya berjaya buat kalendar sendiri hasil ajaran En. Akmal. Terima kasih En. Akmal