Saturday 21 December 2019

BBM3410SATU2019: KALENDER

Saya berjaya buat kalendar sendiri hasil ajaran En. Akmal. Terima kasih En. Akmal


Sunday 15 December 2019

BBM3410Satu2019: Potrait

Jarang aku nak posing macam ni. Tapi demi subjek Multimedia dalam Bahasa aku sanggup (POTRAIT. @sitinabilahbtrahim)


BBM3410Satu2019: Minggu 4

Apa yang Gados Trex Production buat sampai baring-baring tu? Nak tahu apa? Boleh tengok di sini 👉🏻 Fotografi 2 👈🏻


BBM3410SATU2019: Pengalaman Terbaik

Apa pengalaman terbaik buat Siti Nabilah ye? Nak tahu apa? boleh follow instagram @sitinabilahbtrahim


BBM3410SATU2019: Minggu Satu

Minggu pertama kelas Multimedia dalam Bahasa aku dah mula datang lambat. Selepas daripada itu, aku terus datang awal ke kelas. Terima kasih kepada Prof. sebab bagi kata-kata semangat kepadaku


BBM3410SATU2019: VLOG MAKANAN

Saya ada buat vlog makanana. Nak tahu apa saya review? Jom klik link ni https://youtu.be/fcICn0q6bKQ


Friday 13 December 2019

BBM3410Satu2019: Ketika dan Kalimat

Ketika dan Kalimat

Semester 7 merupakan semester yang sangat mencabar bagi diri aku. Dua subjek yang tiada dalam jadual (LAX, PITA) dan empat subjek yang setiap minggu ada tugasan (Keterampilan Bahasa Melayu, Multimedia dalam Bahasa, Pelaksanaan Program, Kewangan)

Lagi mencabar bila dapat tugasan Multimedia dalam Bahasa setiap minggu. Terpaksa pergi rakam video, ambil gambar dan lain-lain. Pengambilan video bukan mudah seperti orang rakam video sebab tugasan yang diberikan berdasarkan tema. Antara tema yang aku dan kawan-kawan perlu ikut ialah video one shot, konvo UPM, temubual pensyarah, fokus, seram dan banyak lagi

Salah satu cabaran buat video ni ialah peranan setiap ahli kumpulan dalam video. Semua orang berpeluang jadi pengarah, penyunting, pembikinan cerita dan pelakon. Pelakon redha je bila pengarah bagi role

Tapi makin lama, aku jadi suka dengan subjek Multimedia dalam Bahasa ni. Sebab ini merpukan salah satu subjek yang kau tak perlu menghadap buku 24 jam. Prof. memang buat subjek ni sebagai subjek praktikal. Seronoknya ialah kau alami sendiri susah senang nak selesaikan tugasan setiap minggu. Dan benda yang paling aku suka masa rakam video one shot three layer. Walaupun kelam kabut, tapi kami dapat hasilkan video yang lain daripada yang lain bak kata Prof. sebab semua ahli kumpulan kami masuk dalam video tu. Sampaikan tak sempat nak ambil video kehuruharaan kami je 🤣🤣🤣.

Bukan itu saja. Kami juga belajar cara gunakan Adobe Photoshop masa kelas amali subjek Multimedia dalam Bahasa. Betapa seronoknya bila kami dapat belajar benda baru dan kami dah tahu nak buat kalendar kami sendiri!!!!. Bak kata Prof. tak semestinya budak Bahasa dan Linguistik Melayu kena kerja di Dewan Bahasa dan Pustaka. Dengan adanya kemahiran grafik, korang boleh kerja di mana-mana tempat je.

Pesanan Prof. sangat berguna. Cara didikan Prof. sangat memberi impak yang besar pada aku. Salah satunya ialah, disiplin. Tepati masa!! itu yang penting. Terima kasih Prof. Dr. Normaliza Abd Rahim, ahli Gadis Trex Production serta kawan-kawan Bahasan dan Linguistik Melayu. Tiba-tiba rasa sedih pula nak habiskan zaman ijazah ni 😢. Lagi seminggu je waktu bersama kawan-kawan.







BBM3410Satu2019: Video Gadis Trex Production

Gadis Trex Production ada buat beberapa video baru. Antaranya ialah

1. Video Fokus (https://youtu.be/FJ3EOoWFFII)



2. Video Sabun Pencuci Jenama Trex (https://youtu.be/in56kEctq8Y)


3. Video One Shot Three Layer (https://youtu.be/kCa8IAjynUc


4. Video Seram (https://youtu.be/KA1L8I9vgck


4. Video Temubual Pensyarah dan Pelajar (https://youtu.be/S81Clh_Jc5Y


5. Video Konvo UPM ke-43 (https://youtu.be/h06_4xcUk2o



BBM3410Satu2019: Like dan Comment Prof.

Ini merupakan koleksi like dan comment Prof. Bukan mudah nak dapatkan like dan comment daripada Prof. tau









BBM3410Satu2019: Keberkatan

Berkat. Apa-apa yang kita buat kenalah berkat. Apa pula kisah berkat pada saya? Jom klik link ni. https://www.instagram.com/p/B5dZ8-rlxxl/

BBM3410Satu2019: Ibu

Untuk tugasan ni, Prof. cakap kena pos di Instagram apa-apa dialog antara kita dengan ibu yang kelakar. Saya panggil ibu saya mak. Nak tahu apa yang kelakar tentang mak saya? klik link ni https://www.instagram.com/p/B5daIwRFuo2/



BBM3410Satu2019: Emoji

Emoji? Kita selalu sangat buat muka ikut emoji yang ada dalam telefon tu kan? Haaa minggu 12 ni kami (pelajar Multimedia dalam Bahasa) kena buat memek muka ala-ala emoji. Dan saya memilih 🙄 sebagai emoji saya. Nak tahu kisah disebalik emoji ni. Jom klik link ni https://www.instagram.com/p/B5t4jU7FsHh/


BBM3410Satu2019: Swafoto Bersama Prof

Minggu 12 ni memang minggu mencabar sangat. Sebab kena ambil gambar dengan Prof!!!!! Yang paling mencabarnya ialah:
1. Kena berswafoto, tak boleh orang lain ambilkan gambar ye?!
2. Ambil sekali sahaja, tak cantik lantak kau bak kata Prof. 😅😅

Nasib baik dengan one shot je aku dapat bergambar dengan Prof. dan dapat gambar yang cantik. Mungkin modelnya cantik juga kot 🤭🤭🤭.


Dah cakap dah modelnya cantik 😁😁

BBM3410Satu2019: Amali Minggu 12 (Ulasan buku Eh!!! Media Sosial)


Ulasan buku Eh!!! Media Sosial bukan sahaja kena pos di blog, Facebook Twitter dan Instagram juga perlu dipos benda yang sama. Haaa En. Akmal minta gambar unik masa pegang buku Eh!!! Media Sosial. Lepas bentang PITA (Projek Ilmiah Tahun Akhir) terus masuk kelas amali walaupun lambat. Hasilnya mataku ketengah kerana pening 'ditembak' semasa pembentangan. Apa pun boleh la baca ulasan buku Eh!!! Media Sosial yang saya tulis di Facebook. Klik link ni ye https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=2811664542218838&id=100001259599762

BBM3410Satu2019: Amali Minggu 11 (Ulasan buku Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi Teori dan Aplikasi)

Apa yang pelajar Bahasa dan Linguistik Melayu buat untuk minggu 11 dalam kelas amali BBM3410 (Multimedia dalam Bahasa)?

Kami kena buat ulasan. Ulasan apa? ulasan buku Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi Teori dan Aplikasi. Nak tahu apa ulasan yang saya buat? boleh klik pada link ini https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=2794665547252071&id=100001259599762



Monday 2 December 2019

BBM3410Satu2019: Ulasan Buku Eh!!! Media Sosial

Ulasan Buku Eh!!! Media Sosial



Bab 1 membincnagkan tentang media sosial sebagai alat yang digunakan untuk berkongsi maklumat dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Media sosial dapat menggalakkan penglibatan pelajar dengan cara yang betul. Menurut Normaliza Abd Rahim (2014) menyatakan bahawa terdapat beberapa etika dalam media sosial yang perlu dipatuhi agar bahasa serta penyampaian dapat disampaikan dengan cara yang berkesan. Terdapat beberapa jenis media sosial yang digunakan di dalam buku Eh!!! Media Sosial ini antaranya ialah Twitter, Facebook, Instagram, Email dan Blog.
Bab 2 membincangkan tentang kajian berkaitan Twitter. Berdasarkan kajian yang dijalankan oleh Bicen & Cavus (2012) menyatakan bahawa mahasiswa gemar memngemas kini ruangan media sosial dan mahasiswa sering menyatakan emosi mereka di dalam laman sosial. Facebook merupakan salah satu media sosial yang digunakan untuk meningkatkan persekitaran pendidikan (Grgurovic, 2010). Di dalam bab 3 ini, Facebook merupakan alat komunikasi efektif yang digunakan oleh pelajar dalam perbincangan berkaitan dengan tugasan. Secara ringkasanya, facebook merupakan sebuah alat komunikasi yang dapat digunakan oleh mahasiswa secara meluas serta pelajar mendapat kemahiran menulis dan membaca. Media sosial ini juga membantu pelajar untuk melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti berkaitan dengan bahasa serta meningkatkan perkembangan mahasiswa dalam kecekapan berkomunikasi.

Bab 4 membincangkan tentang keseronokkan Instagram. Instagram merupakan satu medium di mana, pengguna mengambil dan berkongsi gambar dan video. Melalui media sosial ini, mahasiswa dapat meninggalkan nota, pendapat dan cerita. Secara keseluruhannya, mahasiswa dapat membantu mahasiswa mengambil gambar dan video dengan cara-cara dan teknik yang betul serta mahasiswa dapat menyatakan cerita pendek mereka di Instagram.
Email masih digunakan pada masa kini dinyatakan dalam bab 5. Hal ini kerana, Warschauer (1995) menyatakan bahawa email digunakan adalah untuk memberi peluang berkomunikasi secara semula jadi kepada mahasiswa. Menurut beliau lagi, melalui email mahasiswa mampu berdikari kerana email melibatkan kemahiran mahasiswa terhadap penggunaan komputer, pengetahuan mahasiswa dalam mengendalikan sumber di siber secara spontan.
Blog merupakan perkara utama yang diterangkan di dalam bab 6. Normaliza Abd Rahim (2014) menyatakan bahawa blog merupakan satu alat untuk berkongsi perbincangan sama ada dalam bentuk formal atau pun tidak formal. Bab 7 melibatkan kesan penggunaan media sosial terhadap pengguna di seluruh dunia. Sebagai contoh, media sosial membantu masyarakat atau sesebuah organisasi dalam memprosomikan perniagaan. Bab 8 menerangkan tentang implikasi media sosial dalam pembelajaran. Hal ini kerana, media sosial atau asasnya merupakan teknologi yang dapat membantu meningkatkan proses pembelajaran secara globalisasi (Grgurovic, 2010).

Noraien Mansor & Normaliza Abd Rahim. (2019). Eh!!! Media Sosial. Terengganu: Universiti Terengganu Malaysia.

Harga buku: RM60

BBM3410SATU2019: KALENDER

Saya berjaya buat kalendar sendiri hasil ajaran En. Akmal. Terima kasih En. Akmal