Bab 1 membincnagkan tentang media sosial sebagai alat yang digunakan untuk berkongsi maklumat dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Media sosial dapat menggalakkan penglibatan pelajar dengan cara yang betul. Menurut Normaliza Abd Rahim (2014) menyatakan bahawa terdapat beberapa etika dalam media sosial yang perlu dipatuhi agar bahasa serta penyampaian dapat disampaikan dengan cara yang berkesan. Terdapat beberapa jenis media sosial yang digunakan di dalam buku Eh!!! Media Sosial ini antaranya ialah Twitter, Facebook, Instagram, Email dan Blog.
Bab 2 membincangkan tentang kajian berkaitan Twitter. Berdasarkan kajian yang dijalankan oleh Bicen & Cavus (2012) menyatakan bahawa mahasiswa gemar memngemas kini ruangan media sosial dan mahasiswa sering menyatakan emosi mereka di dalam laman sosial. Facebook merupakan salah satu media sosial yang digunakan untuk meningkatkan persekitaran pendidikan (Grgurovic, 2010). Di dalam bab 3 ini, Facebook merupakan alat komunikasi efektif yang digunakan oleh pelajar dalam perbincangan berkaitan dengan tugasan. Secara ringkasanya, facebook merupakan sebuah alat komunikasi yang dapat digunakan oleh mahasiswa secara meluas serta pelajar mendapat kemahiran menulis dan membaca. Media sosial ini juga membantu pelajar untuk melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti berkaitan dengan bahasa serta meningkatkan perkembangan mahasiswa dalam kecekapan berkomunikasi.
Bab 4 membincangkan tentang keseronokkan Instagram. Instagram merupakan satu medium di mana, pengguna mengambil dan berkongsi gambar dan video. Melalui media sosial ini, mahasiswa dapat meninggalkan nota, pendapat dan cerita. Secara keseluruhannya, mahasiswa dapat membantu mahasiswa mengambil gambar dan video dengan cara-cara dan teknik yang betul serta mahasiswa dapat menyatakan cerita pendek mereka di Instagram.
Email masih digunakan pada masa kini dinyatakan dalam bab 5. Hal ini kerana, Warschauer (1995) menyatakan bahawa email digunakan adalah untuk memberi peluang berkomunikasi secara semula jadi kepada mahasiswa. Menurut beliau lagi, melalui email mahasiswa mampu berdikari kerana email melibatkan kemahiran mahasiswa terhadap penggunaan komputer, pengetahuan mahasiswa dalam mengendalikan sumber di siber secara spontan.
Blog merupakan perkara utama yang diterangkan di dalam bab 6. Normaliza Abd Rahim (2014) menyatakan bahawa blog merupakan satu alat untuk berkongsi perbincangan sama ada dalam bentuk formal atau pun tidak formal. Bab 7 melibatkan kesan penggunaan media sosial terhadap pengguna di seluruh dunia. Sebagai contoh, media sosial membantu masyarakat atau sesebuah organisasi dalam memprosomikan perniagaan. Bab 8 menerangkan tentang implikasi media sosial dalam pembelajaran. Hal ini kerana, media sosial atau asasnya merupakan teknologi yang dapat membantu meningkatkan proses pembelajaran secara globalisasi (Grgurovic, 2010).
Noraien Mansor & Normaliza Abd Rahim. (2019). Eh!!! Media Sosial. Terengganu: Universiti Terengganu Malaysia.
Harga buku: RM60
No comments:
Post a Comment