Saturday 19 October 2019

BBM3410Satu2019: Instagram Minggu 6

Haaaa nak tengok contoh-contoh asas fotografi berkaitan gambar potrait tak? mari saksikan di Youtube channel Gadis Trex Priduction atau klik link ini https://youtu.be/TG3kik4C6ZA



Thursday 10 October 2019

BBM3410Satu2019: Ulasan Bab 6 Blog Di Dalam Kelas Bahasa


Dalam kursus BBM 3410 Multimedia dalam Bahasa, pelajar dikehendaki membuat satu akaun blog. Segala aktiviti akan dimuat naik ke dalam blog. Oleh itu, blog didefinisikan sebagai suatu medium yang digunakan oleh seseorang dalam bentuk formal dan tidak formal dan ia merupakan perbincangan bertulis (Normaliza Abd Rahmi, 2014). Noraien Mansor dan Normaliza Abd Rahim (2019) menjelaskan bahawa, blog merupakan ruangan untuk seseorang berdialog sama ada di antara penulis dan pembaca, pembaca dan pembaca atau penulis blog dengan penulis blog yang lain. Wang & Woo (2008) pula menyatakan bahawa blog dapat didefinisikan sebagai satu alat teknologi yang memberikan pengguna ruang untuk menyusun maklumat, menyiarkan dan berkongsi idea, memberi maklum balas dan komen, menilai hantaran daripada orang lain, belajar daripada orang lain, bertanggungjawab terhadap penulisan dan pembelajaran serta meletakkan pendapat mereka di dalam penulisan.

Menurut Ferdig & Trammell (2004) menyatakan bahawa terdapat syarat-syarat yang perlu dipatuhi oleh penulis dalam penulisan blog. Normalilza Abd Rahim (2014) menjelaskan bahawa terdapat sepuluh cara penulisan blog dengan baik:

  • Tajuk yang menarik dapat menarik perhatian pembaca
  • Menarik perhatian pembaca dengan cara mengolah cerita yang menarik
  • Menggunakan atau memasukkan ayat-ayat humor atau berunsur kelakar supaya pembaca tertarik untuk membaca cerita yang disampaikan
  • Pastikan terdapat hujah yang terbaik untuk menghuraikan penulisan
  • Mengaitkan penulisan dengan berita atau isu semasa
  • Menggunakan struktur ayat yang ringkas dan mudah difahami
  • Penggunaan ayat yang mudah difahami
  • Dapat berkomunikasi dengan pembaca
  • Memasukkan unsur moral dan nilai keindahan di dalam penulisan
  • Berilmu dalam penulisan pendidikan. 




Penggunaan blog dalam pembelajaran dapat membantu pelajar untuk meningkatkan kemahiran mereka menulis. Hal ini dapat dibuktikan kerana, menurut Nadzrah Abu Bakar & Kemboja Ismail (2009) blog berfungsi untuk meningkatkan tahap kemahiran penulisan di dalam konteks pembelajaran bahasa kedua. Terdapat tiga kajian berkaitan pembelajaran terhadap penulisan blog. Kajian tersebut ialah Blog di dalam Pengajian Kesusasteraan, Blog dalam Pembelajaran Bahasa dan Blog dalam Pembelajaran Tekonologi.

Berdasarkan kajian Blog di dalam Pengajian Kesusasteraan yang bergenrekan puisi, cerpen, skrip drama dan pantun, kebanyakan responden suka untuk menulis genre-genre tersebut di dalam blog. Sebagai contoh, responden suka menulis skrip di dalam bloknya kerana responden dapat berkongsi skrip melalui blognya secara bersahaja. Hal ini kerana, responden dapat menulis skrip dalam bahasa sasaran dan responden mempunyai banyak perkara dan idea yang ingin di sampaikan di dalam skripnya. Oleh itu, blog merupakan platform responden untuk menulis dalam bahasa sasaran tersebut.

Kajian berkaitan Blog dalam Pembelajaran Bahasa dikaitkan dnegan pembelajaran bahasa melalui penulisan surat, meluahkan perasaan dan melalui pemikiran kritis dalam blog. Sebagai contoh, responden dalam kajian ini sangat berminat untuk meluahkan perasaan dalam blognya. Hal ini kerana, responden menggunakan blog sebagai tempat responden menulis diari iaitu responden akan menulis secara peribadi untuk meluahkan perasaan hari ke hari mereka.

Blog dalam Pembelajaran Teknologi membantu responden dalam proses pembelajaran teknologi. Sebagai contoh, ada responden yang teruja dengan memasukkan video, audio dan gambar ke dalam blog. Hal ini membantu responden untuk mencuba sesuatu benda baharu di dalam blog responden dan ia dapat meningkatkan motivasi di dalam diri mereka untuk terus terlibat dalam aktiviti-aktiviti berkaitan teknologi.

Thursday 3 October 2019

BBM3410Satu2019: SUATU KETIKA

Bercuti?

Bila sebut sahaja perkataan 'bercuti' pasti semua orang suka. Begitu juga saya, kebiasaannya setiap tahun pasti saya dan keluarga akan pergi bercuti. Kebiasaannya destinasi percutian kami sentiasa sama iaitu Genting Highland. Hotel Awana menjadi tempat bermalam kami sekeluarga. Suasana sejuk dan nyaman dikelilingin dengan tumbuhan hijau dapat menenangkan mereka yang berkunjung ke sana. 

Suasana di Hotel Awana

Pemandangan daripada bilik 

Kehijauan alam yang dapat dinikmati oleh pengunjung Hotel Awana



Banyak aktiviti yang boleh dilakukan semasa berada di Awana. Antara aktiviti yang kami sekeluarga lakukakn ialah memanah, bermain snooker dan menaiki kereta cable. Terdapat shuttle bus percumi diperuntukkan daripada Hotel Awana ke First World Hotel. Maka, pengunjung berpeluang untuk pergi menaiki kereta cable dan pergi ke GPO (Genting Highland Premium Outlet).



Antara aktiviti yang disediakan di Hotel Awana:

Permainan memanah


Namun, pengunjung perlu membayar fee untuk memanah


Snooker yang disediakan oleh pihak hotel adalah percuma. Jadi pengunjung boleh bermain snooker bersama rakan atau orang yang tersayang. 



Terdapat banyak kedai yang dibukan di GPO dan antara kedai yang menjadi tarikan kami sekeluarga ialah kedai Victoria's Secret. Sebab, minyak wangi yang dijual di sana sangat murah dan ianya minyak wangi original yaa.


Antara produk Victoria's Secret yang kami beli di GPO










Wednesday 2 October 2019

BBM3410Satu2019: TIP BELAJAR DENGAN MUDAH

Tip Untuk Belajar dengan Mudah



Sebagai pelajar, kita perlu fokus di dalam kelas. Hal ini kerana, terdapat banyak info yang diberikan oleh pensyarah/ pengajar. Info-info yang diberikan biasanya dapat digunakan terutama sekali dalam peperiksaan.

Tersebut merupakan tip belajar dengan mudah. Namun, setiap orang mempunyai cara yang tersendiri untuk belajar. Ini merupakan tip yang saya gunakan untuk belajar. Boleh kongsikan tip anda pula? 


Apa-apa pun usaha tangga kejayaan =)

Tuesday 1 October 2019

BBM3410Satu2019: Bird Eye's View (Gadis Trex Production)

Bird Eye's View

Istilah bird eye's view dalam bahasa Melayu merupakan padangan seperti burung. Bermaksud pandangan daripada atas. 



Bird eye's view yang pertama diambil di Kolej 12 (yang dulu dikenali sebagai Kolej 15). Kami terpaksa naik ke tingkat 5 untuk mendapatkan Bird eye's view yang cantik. Susunan motorsikal yang teratur membuatkan gambar ini lebih menyerlah. 




Di tengah bandar raya Kuala Lumpur kami mengambil shot ini. Banyak kenderaan yang menyebabkan kesesakan lalu lintas di bandar ini. Maka, pencemaran udara di bandar ini turut meningkat.




Bird eye's view yang terakhir ialah pemandangan yang diambil di tingkat atas Hotel Awana, Genting Highland. Dapat dilihat kolam renang yang bersimbol burung (logo Hotel Awana) dan beberapa tumbuhan mengelilingi kolam renang tersebut. 

BBM3410Satu2019: Over The Shoulder (Gadis Trex Production)

Over The Shoulder 
Kami memilih Taman Saujana Hijau sebagai tempat kami mengambil gambar over the shoulder. 


Bahu Hamiza digunakan bagi mengambil gamabr over the shoulder yang pertama. Rakan-rakan yang lain cuba membuat gaya bersahaja semasa mengambil gambar ini. Cabaran yang dihadapi semasa mengambil gambar ini ialah, terdapat beberapa rakan yang kehausan kerana cuaca agak panas pada ketika itu.




Siti Nursyakirah merupakan model kedua untuk gambar over the shoulder bagi kumpulan kami. Cabaran yang dihadapi oleh kami ialah, kami terpaksa bergambar menghadap cahaya matahari kerana sekiranya kami membelakangi cahaya matahari, gambar akan menjadi gelap. Oleh itu, terdapat beberapa rakan yang menutup mata akibat tidak tahan dengan sinaran matahari yang terik.




Gambar over the shoulder yang ketiga menggunakan bahu Fatin Nageeha. Cabaran yang kami hadapi untuk mendapatkan shot ini ialah kami perlu menaiki tangga yang agak curam untuk mendapatkan hasil gambar yang cantik. Namun, harus diingatkan bahawa keselamatan perlu diutamakan semasa mengambil gambar. 

BBM3410Satu2019: Mug Shot (Gadis Trex Production)

Mug Shot

Setiap mug shot yang ditunjukkan mempunyai emosi dan ekspresi muka yang tersendiri:




1) Gembira
Proses pengambilan gambar mug shot beremosi gembira ini agak mudah. Hal ini kerana, model mudah terhibur dengan jenaka Asif (kanak-kanak Autisma yang sedang tular di Youtube).




2) Sedih

Penghasilan gambar mug shot beremosi sedih agak sukar. Hal ini kerana, model sukar untuk menunjukkan ekspresi sedih semasa proses pengambilan gambar. Mungkin model berasa malu kerana terlalu ramai rakan yang melihat model, maka ekspresi sedih sukar ditonjolkan pada ketika itu. 







 3) Marah
Ekspresi marah yang ditonjolkan oleh model mengambil masa yang agak lama. Kami mengambil masa selama 30 minit untuk mendapatkan mug shot yang beremosikan marah daripada model ini. 

BBM3410Satu2019: Medium Shot (Gadis Trex Production)

Medium Shot Manusia

Beg tangan merupakan aksesori bagi seseorang wanita. Namun, apabila mencari barang di dalam beg tangan, ia boleh dikaitkan dengan gua. Kenapa gua? Kerana, sekiranya sesuatu barang itu sudah masuk ke dalam beg, pasti susah untuk mencari dan mengeluarkannya semula. Kebiasaannya, di dalam beg tangan tersebut terdapat banyak resit dan barang-barang lain. Sehinggakan kita sukar untuk mencari barang yang kita perlukan seperti lipstick, kunci dan sebagainya. Oleh itu, para wanita perlu sentiasa mengemas beg tangan mereka agar mudah untuk mencari barang yang diperlukan pada masa akan datang. 




Pokok-pokok yang berada di Taman Saujana Hijau membuatkan kami berasa seronok untuk mengambil gambar di sana. Kehijauan pokok-pokok tersebut membuatkan kami berada di negara lain. Kami juga dapat melihat tumbuhan-tumbuhan yang berada di luar negara seperti pokok pine, evergreen dan banyak lagi. 




Senyuman manis diberikan walaupun terpaksa bergambar memandang cahaya matahari. Kami mengambil dua ke tiga kali gambar untuk mendapatkan shot yang baik. Ada di antara gambar yang kami ambil gelap kerana kami membelakangi cahaya matahari. 




Medium Shot Pemandangan

Semestinya semasa kita bercuti, pasti kita akan mengambil gambar untuk membuat kenangankan? Haa. Ini merupakan Haikara't Yokocho, Jepun. Haikara't Yokocho berada di 1-40 Arukapoto, Shimonoseki, Yamaguchi 750-0036 dan dibuka pada jam 11 pagi sehingga 6 petang. Pelbagai permainan outdoor yang boleh dicuba oleh pelancong.




Di Malaysia juga terdapat beberapa tempat menarik yang kita boleh kunjungi. Antaranya ialah Taman Saujana Hijau yang berada di Presint 11, Putrajaya. Taman Saujana Hijau terletak di Jalan P11, Presint 11, 62000 Putrajaya, Wilayah Persekutuan Putrajaya. Taman ini dibuka seawal jam 7 pagi. 




Book-Off merupakan kedai buku terbesar di Japan. Book-Off menjual buku terpakai, majalah, manga, CD, DVD dan banyak lagi barang. Antara tempat-tempat Book-Off yang berada di Japan ialah Hokkaido, Tohoku, Kanto, Chubu, Kinki, Chugoku dan Kyushu.




BBM3410Satu2019: Long Shot (Gadis Trex Production)

Long Shot Pemandangan

Walaupun jalannya lurus namun, masih kabur mencari matlamat. Di dalam kehidupan, walaupuan semuanya mudah bagi kita tetapi sekiranya tiada tujuan dalam setiap apa yang kita lakukan, kita tidak nampak apa yang kita inginkan. Tujuan akan menjadikan seseorang itu lebih fokus dalam melakukan sesuatu kerja. Oleh itu, seseorang dapat mencapai sesuatu perkara sekiranya mereka mempunyai tujuan. 




Jauh perjalanan, luas pemandangan. Pemandangan long shot yang mempunyai keseimbangan menjadikan gambar sesuatu pemandangan amat cantik. Seperti gambar di atas, keseimbangan warna hijau teserlah pada bahagian kanan dan kiri gambar. Dalam kehidupan, keseimbangan dapat dikaitkan dengan keadilan. Oleh itu, keseimbangan perlu ada dalam kehidupan kita kerana kita perlu adil dalam membuat sesuatu keputusan.




Gambar senja menunjukkan matahari akan tenggelam dan bulan bakal muncul tidak lama lagi. Suasana bakal menjadi gelap buat seketika sebelum semua kawasan diterangi dengan cahaya lampu. Begitu juga dengan kehidupan kita, apabila adanya cahaya pasti akan datang kegelapan dan sebaliknya. Hidup tidak selalunya cerah, terkadang kegelapan yang datang di dalam kehidupan kita sering menjadikan diri kita lebih kuat. 




Long Shot Manusia

Perjalanan kehidupan seseorang bergantung kepada matlamatnya yang tersendiri. Matlamat seseorang akan mempengaruhi tindakan yang bakal kita ambil. Hal ini kerana, setelah mempunyai matlamat hidup barulah kita tahu arah tuju kita. 




Laut sering dikaitkan dengan ketenangan. Kita perlu tenang dalam melakukan sesuatu perkara. Sebagai contoh, ketenangan dapat diperoleh apabila kita memaafkan kesalahan yang pernah dilakukan oleh orang lain terhadap kita. Hal ini kerana, hidup kita akan lebih tenang sekiranya kita memaafkan orang lain. Kemaafan ini dapat menghakis sifat benci, iri hati dan dendam di dalam diri seseorang.




Terkadang, kita perlu memandang ke bawa juga kerana sekiranya kita selalu memandang langit (atas) kita boleh tersungkur juga. Begitu juga dalam kehidupan kita, ego yang terlalu tinggi tidak akan membawa apa-apa kebaikan kepada kita. Sebagai contoh, kita sanggup menyakitkan hati kedua ibu bapa kita untuk mempertahankan ego kita. 

BBM3410SATU2019: KALENDER

Saya berjaya buat kalendar sendiri hasil ajaran En. Akmal. Terima kasih En. Akmal