Tuesday, 1 October 2019

BBM3410Satu2019: Long Shot (Gadis Trex Production)

Long Shot Pemandangan

Walaupun jalannya lurus namun, masih kabur mencari matlamat. Di dalam kehidupan, walaupuan semuanya mudah bagi kita tetapi sekiranya tiada tujuan dalam setiap apa yang kita lakukan, kita tidak nampak apa yang kita inginkan. Tujuan akan menjadikan seseorang itu lebih fokus dalam melakukan sesuatu kerja. Oleh itu, seseorang dapat mencapai sesuatu perkara sekiranya mereka mempunyai tujuan. 




Jauh perjalanan, luas pemandangan. Pemandangan long shot yang mempunyai keseimbangan menjadikan gambar sesuatu pemandangan amat cantik. Seperti gambar di atas, keseimbangan warna hijau teserlah pada bahagian kanan dan kiri gambar. Dalam kehidupan, keseimbangan dapat dikaitkan dengan keadilan. Oleh itu, keseimbangan perlu ada dalam kehidupan kita kerana kita perlu adil dalam membuat sesuatu keputusan.




Gambar senja menunjukkan matahari akan tenggelam dan bulan bakal muncul tidak lama lagi. Suasana bakal menjadi gelap buat seketika sebelum semua kawasan diterangi dengan cahaya lampu. Begitu juga dengan kehidupan kita, apabila adanya cahaya pasti akan datang kegelapan dan sebaliknya. Hidup tidak selalunya cerah, terkadang kegelapan yang datang di dalam kehidupan kita sering menjadikan diri kita lebih kuat. 




Long Shot Manusia

Perjalanan kehidupan seseorang bergantung kepada matlamatnya yang tersendiri. Matlamat seseorang akan mempengaruhi tindakan yang bakal kita ambil. Hal ini kerana, setelah mempunyai matlamat hidup barulah kita tahu arah tuju kita. 




Laut sering dikaitkan dengan ketenangan. Kita perlu tenang dalam melakukan sesuatu perkara. Sebagai contoh, ketenangan dapat diperoleh apabila kita memaafkan kesalahan yang pernah dilakukan oleh orang lain terhadap kita. Hal ini kerana, hidup kita akan lebih tenang sekiranya kita memaafkan orang lain. Kemaafan ini dapat menghakis sifat benci, iri hati dan dendam di dalam diri seseorang.




Terkadang, kita perlu memandang ke bawa juga kerana sekiranya kita selalu memandang langit (atas) kita boleh tersungkur juga. Begitu juga dalam kehidupan kita, ego yang terlalu tinggi tidak akan membawa apa-apa kebaikan kepada kita. Sebagai contoh, kita sanggup menyakitkan hati kedua ibu bapa kita untuk mempertahankan ego kita. 

No comments:

Post a Comment

BBM3410SATU2019: KALENDER

Saya berjaya buat kalendar sendiri hasil ajaran En. Akmal. Terima kasih En. Akmal