Thursday, 10 October 2019

BBM3410Satu2019: Ulasan Bab 6 Blog Di Dalam Kelas Bahasa


Dalam kursus BBM 3410 Multimedia dalam Bahasa, pelajar dikehendaki membuat satu akaun blog. Segala aktiviti akan dimuat naik ke dalam blog. Oleh itu, blog didefinisikan sebagai suatu medium yang digunakan oleh seseorang dalam bentuk formal dan tidak formal dan ia merupakan perbincangan bertulis (Normaliza Abd Rahmi, 2014). Noraien Mansor dan Normaliza Abd Rahim (2019) menjelaskan bahawa, blog merupakan ruangan untuk seseorang berdialog sama ada di antara penulis dan pembaca, pembaca dan pembaca atau penulis blog dengan penulis blog yang lain. Wang & Woo (2008) pula menyatakan bahawa blog dapat didefinisikan sebagai satu alat teknologi yang memberikan pengguna ruang untuk menyusun maklumat, menyiarkan dan berkongsi idea, memberi maklum balas dan komen, menilai hantaran daripada orang lain, belajar daripada orang lain, bertanggungjawab terhadap penulisan dan pembelajaran serta meletakkan pendapat mereka di dalam penulisan.

Menurut Ferdig & Trammell (2004) menyatakan bahawa terdapat syarat-syarat yang perlu dipatuhi oleh penulis dalam penulisan blog. Normalilza Abd Rahim (2014) menjelaskan bahawa terdapat sepuluh cara penulisan blog dengan baik:

  • Tajuk yang menarik dapat menarik perhatian pembaca
  • Menarik perhatian pembaca dengan cara mengolah cerita yang menarik
  • Menggunakan atau memasukkan ayat-ayat humor atau berunsur kelakar supaya pembaca tertarik untuk membaca cerita yang disampaikan
  • Pastikan terdapat hujah yang terbaik untuk menghuraikan penulisan
  • Mengaitkan penulisan dengan berita atau isu semasa
  • Menggunakan struktur ayat yang ringkas dan mudah difahami
  • Penggunaan ayat yang mudah difahami
  • Dapat berkomunikasi dengan pembaca
  • Memasukkan unsur moral dan nilai keindahan di dalam penulisan
  • Berilmu dalam penulisan pendidikan. 




Penggunaan blog dalam pembelajaran dapat membantu pelajar untuk meningkatkan kemahiran mereka menulis. Hal ini dapat dibuktikan kerana, menurut Nadzrah Abu Bakar & Kemboja Ismail (2009) blog berfungsi untuk meningkatkan tahap kemahiran penulisan di dalam konteks pembelajaran bahasa kedua. Terdapat tiga kajian berkaitan pembelajaran terhadap penulisan blog. Kajian tersebut ialah Blog di dalam Pengajian Kesusasteraan, Blog dalam Pembelajaran Bahasa dan Blog dalam Pembelajaran Tekonologi.

Berdasarkan kajian Blog di dalam Pengajian Kesusasteraan yang bergenrekan puisi, cerpen, skrip drama dan pantun, kebanyakan responden suka untuk menulis genre-genre tersebut di dalam blog. Sebagai contoh, responden suka menulis skrip di dalam bloknya kerana responden dapat berkongsi skrip melalui blognya secara bersahaja. Hal ini kerana, responden dapat menulis skrip dalam bahasa sasaran dan responden mempunyai banyak perkara dan idea yang ingin di sampaikan di dalam skripnya. Oleh itu, blog merupakan platform responden untuk menulis dalam bahasa sasaran tersebut.

Kajian berkaitan Blog dalam Pembelajaran Bahasa dikaitkan dnegan pembelajaran bahasa melalui penulisan surat, meluahkan perasaan dan melalui pemikiran kritis dalam blog. Sebagai contoh, responden dalam kajian ini sangat berminat untuk meluahkan perasaan dalam blognya. Hal ini kerana, responden menggunakan blog sebagai tempat responden menulis diari iaitu responden akan menulis secara peribadi untuk meluahkan perasaan hari ke hari mereka.

Blog dalam Pembelajaran Teknologi membantu responden dalam proses pembelajaran teknologi. Sebagai contoh, ada responden yang teruja dengan memasukkan video, audio dan gambar ke dalam blog. Hal ini membantu responden untuk mencuba sesuatu benda baharu di dalam blog responden dan ia dapat meningkatkan motivasi di dalam diri mereka untuk terus terlibat dalam aktiviti-aktiviti berkaitan teknologi.

No comments:

Post a Comment

BBM3410SATU2019: KALENDER

Saya berjaya buat kalendar sendiri hasil ajaran En. Akmal. Terima kasih En. Akmal