Emoji? Kita selalu sangat buat muka ikut emoji yang ada dalam telefon tu kan? Haaa minggu 12 ni kami (pelajar Multimedia dalam Bahasa) kena buat memek muka ala-ala emoji. Dan saya memilih 🙄 sebagai emoji saya. Nak tahu kisah disebalik emoji ni. Jom klik link ni https://www.instagram.com/p/B5t4jU7FsHh/
Friday, 13 December 2019
BBM3410Satu2019: Swafoto Bersama Prof
Minggu 12 ni memang minggu mencabar sangat. Sebab kena ambil gambar dengan Prof!!!!! Yang paling mencabarnya ialah:
1. Kena berswafoto, tak boleh orang lain ambilkan gambar ye?!
2. Ambil sekali sahaja, tak cantik lantak kau bak kata Prof. 😅😅
Nasib baik dengan one shot je aku dapat bergambar dengan Prof. dan dapat gambar yang cantik. Mungkin modelnya cantik juga kot 🤭🤭🤭.
1. Kena berswafoto, tak boleh orang lain ambilkan gambar ye?!
2. Ambil sekali sahaja, tak cantik lantak kau bak kata Prof. 😅😅
Nasib baik dengan one shot je aku dapat bergambar dengan Prof. dan dapat gambar yang cantik. Mungkin modelnya cantik juga kot 🤭🤭🤭.
Dah cakap dah modelnya cantik 😁😁
BBM3410Satu2019: Amali Minggu 12 (Ulasan buku Eh!!! Media Sosial)
Ulasan buku Eh!!! Media Sosial bukan sahaja kena pos di blog, Facebook Twitter dan Instagram juga perlu dipos benda yang sama. Haaa En. Akmal minta gambar unik masa pegang buku Eh!!! Media Sosial. Lepas bentang PITA (Projek Ilmiah Tahun Akhir) terus masuk kelas amali walaupun lambat. Hasilnya mataku ketengah kerana pening 'ditembak' semasa pembentangan. Apa pun boleh la baca ulasan buku Eh!!! Media Sosial yang saya tulis di Facebook. Klik link ni ye https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=2811664542218838&id=100001259599762
BBM3410Satu2019: Amali Minggu 11 (Ulasan buku Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi Teori dan Aplikasi)
Apa yang pelajar Bahasa dan Linguistik Melayu buat untuk minggu 11 dalam kelas amali BBM3410 (Multimedia dalam Bahasa)?
Kami kena buat ulasan. Ulasan apa? ulasan buku Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi Teori dan Aplikasi. Nak tahu apa ulasan yang saya buat? boleh klik pada link ini https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=2794665547252071&id=100001259599762
Monday, 2 December 2019
BBM3410Satu2019: Ulasan Buku Eh!!! Media Sosial
Ulasan Buku Eh!!! Media Sosial
Bab 1 membincnagkan tentang media sosial sebagai alat yang digunakan untuk berkongsi maklumat dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Media sosial dapat menggalakkan penglibatan pelajar dengan cara yang betul. Menurut Normaliza Abd Rahim (2014) menyatakan bahawa terdapat beberapa etika dalam media sosial yang perlu dipatuhi agar bahasa serta penyampaian dapat disampaikan dengan cara yang berkesan. Terdapat beberapa jenis media sosial yang digunakan di dalam buku Eh!!! Media Sosial ini antaranya ialah Twitter, Facebook, Instagram, Email dan Blog.
Bab 2 membincangkan tentang kajian berkaitan Twitter. Berdasarkan kajian yang dijalankan oleh Bicen & Cavus (2012) menyatakan bahawa mahasiswa gemar memngemas kini ruangan media sosial dan mahasiswa sering menyatakan emosi mereka di dalam laman sosial. Facebook merupakan salah satu media sosial yang digunakan untuk meningkatkan persekitaran pendidikan (Grgurovic, 2010). Di dalam bab 3 ini, Facebook merupakan alat komunikasi efektif yang digunakan oleh pelajar dalam perbincangan berkaitan dengan tugasan. Secara ringkasanya, facebook merupakan sebuah alat komunikasi yang dapat digunakan oleh mahasiswa secara meluas serta pelajar mendapat kemahiran menulis dan membaca. Media sosial ini juga membantu pelajar untuk melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti berkaitan dengan bahasa serta meningkatkan perkembangan mahasiswa dalam kecekapan berkomunikasi.
Bab 4 membincangkan tentang keseronokkan Instagram. Instagram merupakan satu medium di mana, pengguna mengambil dan berkongsi gambar dan video. Melalui media sosial ini, mahasiswa dapat meninggalkan nota, pendapat dan cerita. Secara keseluruhannya, mahasiswa dapat membantu mahasiswa mengambil gambar dan video dengan cara-cara dan teknik yang betul serta mahasiswa dapat menyatakan cerita pendek mereka di Instagram.
Email masih digunakan pada masa kini dinyatakan dalam bab 5. Hal ini kerana, Warschauer (1995) menyatakan bahawa email digunakan adalah untuk memberi peluang berkomunikasi secara semula jadi kepada mahasiswa. Menurut beliau lagi, melalui email mahasiswa mampu berdikari kerana email melibatkan kemahiran mahasiswa terhadap penggunaan komputer, pengetahuan mahasiswa dalam mengendalikan sumber di siber secara spontan.
Blog merupakan perkara utama yang diterangkan di dalam bab 6. Normaliza Abd Rahim (2014) menyatakan bahawa blog merupakan satu alat untuk berkongsi perbincangan sama ada dalam bentuk formal atau pun tidak formal. Bab 7 melibatkan kesan penggunaan media sosial terhadap pengguna di seluruh dunia. Sebagai contoh, media sosial membantu masyarakat atau sesebuah organisasi dalam memprosomikan perniagaan. Bab 8 menerangkan tentang implikasi media sosial dalam pembelajaran. Hal ini kerana, media sosial atau asasnya merupakan teknologi yang dapat membantu meningkatkan proses pembelajaran secara globalisasi (Grgurovic, 2010).
Noraien Mansor & Normaliza Abd Rahim. (2019). Eh!!! Media Sosial. Terengganu: Universiti Terengganu Malaysia.
Harga buku: RM60
Monday, 25 November 2019
BBM3410Satu2019: Ulasan Buku kajian Wacana dan Strategi Komunikasi: Teori dan Aplikasi Normaliza Abd Rahim (2019)
Kajian Wacana dan Strategi
Komunikasi: Teori dan Aplikasi terdiri daripada wacana dan strategi komunikasi
(Bab 1). Terdapat beberapa teori yang dibincangkan dalam bahagian wacana. Wacana
merangkumi percakapan, komunikasi, tulisan dan teks yang dianalisis untuk
mencari makna tersirat dan tersurat, serta wacana juga merangkumi bahasa simbol,
bahasa isyarat yang ada memberikan maksud kepada semua pihak (Normaliza Abdul
Rahim, 2018b).
Bab dua merupakan bab berkaitan
teori antaranya ialah Teori Analisis Wacana Brown & Yule (1983), Teori
Analisis Wacana Stubbs (1983), Teori Analisis Wacana Kritis vanDijk (1977),
Pendekatan Analisis Wacana Normaliza Abd Rahim (2018) dan Teori Analisis Wacana
Normaliza Abd Rahim (2018). Berdasarkan Teori Analisis Wacana Brown & Yule
(1983) terdapat empat elemen utama di dalam wacana. Elemen tersebut ialah
pra-andaian, implikatur, rujukan dan inferens. Secara amnya, pra-andaian
diistilahkan sebagai pragmatik atau andaian yang mungkin akan diterima oleh
pendegar. Implikatur merupakan kemungkinan makna yang disampaikan oleh penutur
berbeza dengan apa yang mereka bicarakan. Rujukan merupakan ujaran yang
berbentuk rundingan. Dan inferens merujuk kepada kesimpulan atau hubungan daripada
satu ungkapan dengan ungkapan yang lain.
Wacana dapat disampaikan melalui
beberapa cara antaranya ialah melalui lirik lagu, cerita dan ungkapan (Bab 3). Hal
ini kerana, analisis wacana tekstual dan ujaran membincangkan tentang tiga elemen
utama dalam wacana. Elemen tersebut merupakan wacana tekstual lirik lagu, wacana
tekstual cerita sosial dan ujaran dalam kalangan kanak-kanak. Berdasarkan bab
ini, penyampaian wacana disentuh dengan mengaitkan penceritaan kanak-kanak
autisme.
Selain daripada wacana, terdapat
juga strategi komunikasi yang dinyatakan di dalam buku Kajian Wacana dan
Strategi Komunikasi: Teori dan Aplikasi. Berdasarkan bab empat, komunikasi
dapat dilakukan dalam pelbagai bentuk antaranya ialah komunikasi dalam kumpulan
besar dan kumpulan kecil. Komunikasi juga dapat disampaikan dalam media cetak
atau media massa.
Bab lima ini merupakan bab berkaitan
strategi komunikasi dapat dikaitkan dengan taksonomi dan pendekatan strategi
komunikasi. Menurut Normaliza Abd Rahim (2019) yang mengadaptasi kajian Tarone
(1977) menyatakan bahawa strategi komunikasi mempunyai lima unsur iaitu
pengelakan, prafrasa, pemindahan secara sedar, meminta pertolongan dan akhir
sekali ialah mimikan. Unsur-unsur strategi komunikasi seperti prafrasa,
pemindahan, meminta tolong, mimikan dan pengelakkan dirincikan lagi dengan
huraian yang lebih mendalam (Tarone, 1980).
Bab enam membincangkan tentang komunikasi
yang dapat dikaitkan dengan golongan kanak-kanak dan ia dapat dianalisis
menggunakan taksonomi dan pendekatan strategi komunikasi. Perkara ini dapat
dikaji dengan menggunakan 16 pendekatan iaitu singkatan, perkataan baharu tiada
makna, penafian, percanggahan, persoalan, pengulangan, perujukan, pembentulan,
kendiri, topil berlainan, perngabaian mesej, celahan, penangguhan, terjemahan
literal, pelbagai bahasa, pertukaran kosa kata, imaginasi dan kesopanan (Normaliza
Abd Rahim, 2019). Pada bab tujuh, cadangan dan pandangan berdasarkan kajian
wacana dapat digunakan supaya dapat membantu penyelidik membuat penelitian
dalam kajian wacana dan strategi komunikasi.
Implikasi buku ini ialah, saya dapat
mempelajari pelbagai ilmu berkaitan wacana. Di samping itu, wacana dan strategi
komunikasi dapat digunakan dan diaplikasikan dalam kehidupan sehairan.
Buku ini berharga RM20
Normaliza Abd Rahim. (2019). Kajian
Wacana dan Strategi Komunikasi Teori dan Aplikasi. Terengganu: Penerbit
Universiti Terengganu Malaysia (UTM).
Thursday, 14 November 2019
BBM3410Satu2019: Tak Baca Arahan dengan Betul
Haa inilah padahnya kalau tak baca betul² arahan yang En. Akmal suruh. Kan En. Akmal dah marah.
Maaf En. Akmal, minta ampun 🙏🏻 lain kali saya tengok betul² arahan yang En. Akmal tulis dekat depan.
Terima kasih juga sudi ingatkan saya 😅.
Selamat berkonvo En. Akmal
Rajin En. Akmal like atau comment dekat semua pelajar Multimedia dia 😁😁
Wednesday, 13 November 2019
Tuesday, 12 November 2019
BBM3410Satu2019: Amali Minggu 7
Apa kami buat dalam kelas Amali pada minggu ke 7? Kami buat aktiviti 2 dan aktiviti 3 dalam buku Eh!!! Media Sosial. Nak tahu aktiviti tu berkaitan apa? Klik la link ni
https://mobile.twitter.com/snabilahrahim/status/1187275498503602176
https://mobile.twitter.com/snabilahrahim/status/1187275498503602176
BBM3410Satu2019: Bebenang Mengenai Kisah Alim
Jom tengok bebenang yang saya buat di Twitter. Bebenang ni berkaitan apa? Kisah apa pula yang saya tulis? Jom klik link di bawah
https://mobile.twitter.com/snabilahrahim/status/1187249870710554624
of
https://mobile.twitter.com/snabilahrahim/status/1187249870710554624
of
BBM3410Satu2019: RUMUSAN BAB 5
Tugasan kedua yang En. Akmal bagi untuk kelas amali minggu ni ialah merumuskan bab 5. Dan rumusan tersebut perlu dipos di Facebook. Ini link untuk rumusan bab 5 tu. (Klik link ni untuk terus ke akaun Facebook saya)
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=2762799870438639&id=100001259599762
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=2762799870438639&id=100001259599762
Subscribe to:
Posts (Atom)
BBM3410SATU2019: KALENDER
Saya berjaya buat kalendar sendiri hasil ajaran En. Akmal. Terima kasih En. Akmal
-
Jarang aku nak posing macam ni. Tapi demi subjek Multimedia dalam Bahasa aku sanggup ( POTRAIT. @sitinabilahbtrahim )
-
Haa inilah padahnya kalau tak baca betul² arahan yang En. Akmal suruh. Kan En. Akmal dah marah. Maaf En. Akmal, minta ampun 🙏🏻 lain...













