Thursday, 26 September 2019

BBM3410Satu2019: Masih Di Sini





Cerita yang tidak dapat dilupakan



Cerita dan pengalaman yang saya tidak dapat lupakan ialah semasa saya menyertai khidmat komuniti di Yan, Kedah. Program ini terdiri daripada Sahabat Masjid, UPM dan penduduk di Yan, Kedah. Di dalam program ini, saya dan rakan seperjuangan saya telah mengadakan Free Market di mana, kami memberikan barang-barang seperti permainan jenis lembut, jenis keras, buku cerita, alat tulis, sabun, shampoo dan baju kepada penduduk yang berada di Yan, Kedah. 

Salah satu daripada penduduk tersebut hanya mengambil satu sabun buku sahaja. Pensyarah yang terlibat di dalam program ini memberikan sabun lebih kepada penduduk tersebut. Namun, penduduk tersebut berkata "Tak apa, berilah kepada orang lain sabun itu, saya hanya perlukan satu sabun sahaja". Berdasarkan kata-kata tersebut, ia dapat mengajar saya untuk lebih bersyukur dengan apa yang ada tanpa perlu berlebih-lebihan. 

Selesai acara Free Market, saya dan rakan-rakan bergerak ke Pulau Songsong, Kedah untuk membersihkan pantai tersebut. Terdapat sampah seperti plastik, botol, kaca dan banyak lagi sampah yang berada di pantai tersebut. Proses pembersihan mengambil masa dalam 1 ke 2 jam dan sepanjang proses tersebut saya dapat menikmati keindahan pantai. Pemandangan pantai di Pulau Songsong amat cantik. Oleh itu, kami banyak bergambar berlatarkan pemandangan pantai. 

Kami diberi kebebasan untuk melakukan apa-apa aktiviti setelah selesai membersikan pantai. Daripada peluang ini, kami mengambil keputusan untuk bermandi-manda di pantai. 

No comments:

Post a Comment

BBM3410SATU2019: KALENDER

Saya berjaya buat kalendar sendiri hasil ajaran En. Akmal. Terima kasih En. Akmal