Close-up Manusia
Bukan mudah untuk mendapatkan gambar close-up yang mengikuti ciri-ciri asas fotografi terutama sekali melibatkan close-up manusia.
Gembira atau ketawa tak boleh dibuat-buat ye. Kalau rasa nak gelak, maka gelak dengan bersungguhnya. Tapi masa nak ambil gambar ni la mood gelak/ gembira tu susah betul nak keluarkan.
Perasan air mata tu tak? Ada tu haa dekat pipi. Menitis air mata untuk siapkan tugasan-tugasan semester ni. Berat rasanya, tapi apa kan daya hidup perlu diteruskan. Jadi jangan mengeluh dan sedih untuk siapkan tugasan semester ni. Perjalanan sebagai seorang mahasiswa bakal berakhir tak lama lagi. Alamak rasa lagi sedih la pula.
Rasa nak marah je dekat kawan-kawan yang suka plagiat kerja kita. Tak tahu ke betapa gigihnya kita nak menyiapkan satu-satu tugasan tu. Dia tanpa rasa serba salah plagiat kerja kita. Lepas tu, boleh pula claim itu kerja dia.
Close-up Bukan Manusia
Kejayaan dalam kehidupan ini memerlukan bantuan daripada banyak pihak. Macam bunga ni, bunga ni juga perlukan bantuan lebah untuk terus hidup dan berjaya. Berjaya apa? berjaya untuk menghasilkan buah yang besar, manis dan berat. Kerana apa? Kerana lebah membantu bunga tersebut dalam proses pendebungaan.
Nampak je air tu tak menyerap di permukaan daun. Tapi ia sangat penting bagi tumbuhan tu untuk terus hidup. Sama seperti nasihat ibu bapa kepada anak-anaknya. Kadang-kadang sebagai anak, kita rasa nasihat ibu bapa tu hanyalah bebelan semata-mata namun ia dapat membantu kita untuk terus membesar dengan matang dan menjadi orang yang berguna suatu hari nanti.
Warna kontra dapat menarik minat kita untuk melihat sesuatu objek. Warna kuning yang pada kelopak bunga tersebut sangat menarik, ditambah dengan warna jingga kemerah-merahan menyerlahkan lagi bunga tersebut. Maka, bunga ini dipilih sebagai close-up bukan manusia di dalam tugasan Multimedia dalam Bahasa.
No comments:
Post a Comment