Sunday, 22 September 2019

BBM3410Satu2019: Etika Penulisan Blog


Etika Penulisan Blog

Menurut Normaliza Abd Rahim (2014) dalam Noraien Mansor & Normaliza Abd Rahim (2019) terdapat beberapa etika dalam penulisan blog antaranya, ialah menulis tajuk yang menarik perlu dilakukan agar dapat menarik perhatian pembaca. Hal ini kerana, pembaca akan membaca tajuk dahulu sebelum membaca isi yang terdapat di dalam sesuatu blog. Pemilihan tajuk yang jelas boleh digunakan agar, pembaca mengetahui tentang apa yang bakal mereka baca. Sebagai contoh, langkah-langkah merawat muka merupakan tajuk yang jelas dan dapat memberikan gambaran kepada pembaca walaupun pembaca hanya membaca tajuk blog sahaja.

Selain itu, pengolahan cerita yang menarik dapat menarik minat pembaca untuk terus membaca apa yang terkandung di dalam blog penulis. Hal ini kerana, pengolahan dan jalan cerita yang kurang menarik membuatkan pembaca bosan serta tidak akan meneruskan pembacaan. Oleh itu, penulis perlu mengolah cerita yang ingin disampaikan dengan cara yang menarik agar pembaca seronok membaca hasil penulisan seseorang.

Seterusnya, penggunaan ayat yang mempunyai unsur humor atau berbentuk jenaka dalam menarik minat pembaca. Hal ini kerana, unsur-unsur seperti ini memberikan keseronokan kepada pembaca untuk lebih mengetahui apa yang bakal terjadi. Pembaca berasa gembira dan lebih santai membaca sesuatu blog yang mempunyai unsur humor. Penggunaan ayat dan perkataan yang bersifat jenaka juga dapat menarik minat pembaca dari semua peringkat umur.

Selanjutnya, hujah yang terbaik perlu diberikan apabila menghuraikan sesuatu penulisan dan penulis perlu ilmu dalam menulis sesuatu penulisan. Hal ini kerana, hujah tersebut merupakan suatu bukti bahawa penulis banyak membuat rujukan ataupun tidak. Penulis yang membuat banyak rujukan dalam menghasilkan sesuatu penulisan dapat menghasilkan penulisan yang berilmiah. Penulisan yang berimliah dapat membantu pembaca untuk mengetahui banyak benda dalam sesuatu masa. Oleh itu, hujah yang terbaik penting dalam sesebuah penulisan.

Tambahan itu, penulis yang mengaitkan penulisannya dengan berita terkini merupakan penulisan yang bagus. Hal ini kerana, penulis mengetahui isu-isu semasa yang berlaku di dalam dan di luar negara. Hal ini juga menunjukkan bahawa, penulis sentiasa peka denan perubahan semasa. Sebagai contoh, isu yang berlaku di Malaysia pada ketika ini merupakan isu pencemaran udara yang semakin membimbangkan.

Etika penulisan blog yang seterusnya ialah penggunaan perkataan serta struktur ayat yang ringkas membolehkan pembaca mudah untuk membaca dan memahami sesuatu penulisan. Hal ini kerana, penggunaan ayat yang ringkas membolehkan pembaca faham dengan lebih mudah. Penggunaan bahasa yang terlalu tinggi menyebabkan pembaca sukar untuk memahami isi yang ingin disampaikan oleh penulis.

Selain itu, penulis dapat berkomunikasi dengan pembaca di dalam blog. Hal ini kerana, terdapat ruang komen yang disediakan di dalam blog tersebut agar pembaca dapat berkongsi pendapat serta pandangannya terhadap penulisan yang telah dibaca. Pendapat dan pandangan pembaca boleh digunakan untuk meningkatkan pengetahuan penulis kerana, penulis dapat memperbaiki penulisannya agar dapat menghasilkan penulisan yang lebih baik.

Akhir sekali, penulisan yang mempunyai moral dan nilai estetika dapat menarik minat pembaca untuk membaca. Hal ini kerana, sesebuah cerita yang mempunyai nilai moral yang tinggi dan keindahan dalam penulisannya membuatkan pembaca seronok untuk terus membaca. Pembaca juga dapat menitikkan nilai-nilai moral yang terdapat dalam penulisan dan dapat diterapkan dalam diri pembaca.



Rujukan:
Noraien Mansor & Normaliza Abd Rahim (2019). Eh!!! Media Sosial. Terengganu: Universiti Malaysia Terengganu. 

No comments:

Post a Comment

BBM3410SATU2019: KALENDER

Saya berjaya buat kalendar sendiri hasil ajaran En. Akmal. Terima kasih En. Akmal