Monday 30 September 2019

BBM3410Satu2019: Close-up (Gadis Trex Production)


Close-up Manusia

Bukan mudah untuk mendapatkan gambar close-up yang mengikuti ciri-ciri asas fotografi terutama sekali melibatkan close-up manusia.




Gembira atau ketawa tak boleh dibuat-buat ye. Kalau rasa nak gelak, maka gelak dengan bersungguhnya. Tapi masa nak ambil gambar ni la mood gelak/ gembira tu susah betul nak keluarkan. 




Perasan air mata tu tak? Ada tu haa dekat pipi. Menitis air mata untuk siapkan tugasan-tugasan semester ni. Berat rasanya, tapi apa kan daya hidup perlu diteruskan. Jadi jangan mengeluh dan sedih untuk siapkan tugasan semester ni. Perjalanan sebagai seorang mahasiswa bakal berakhir tak lama lagi. Alamak rasa lagi sedih la pula.




Rasa nak marah je dekat kawan-kawan yang suka plagiat kerja kita. Tak tahu ke betapa gigihnya kita nak menyiapkan satu-satu tugasan tu. Dia tanpa rasa serba salah plagiat kerja kita. Lepas tu, boleh pula claim itu kerja dia.




Close-up Bukan Manusia

 
Kejayaan dalam kehidupan ini memerlukan bantuan daripada banyak pihak. Macam bunga ni, bunga ni juga perlukan bantuan lebah untuk terus hidup dan berjaya. Berjaya apa? berjaya untuk menghasilkan buah yang besar, manis dan berat. Kerana apa? Kerana lebah membantu bunga tersebut dalam proses pendebungaan. 




Nampak je air tu tak menyerap di permukaan daun. Tapi ia sangat penting bagi tumbuhan tu untuk terus hidup. Sama seperti nasihat ibu bapa kepada anak-anaknya. Kadang-kadang sebagai anak, kita rasa nasihat ibu bapa tu hanyalah bebelan semata-mata namun ia dapat membantu kita untuk terus membesar dengan matang dan menjadi orang yang berguna suatu hari nanti. 




Warna kontra dapat menarik minat kita untuk melihat sesuatu objek. Warna kuning yang  pada kelopak bunga tersebut sangat menarik, ditambah dengan warna jingga kemerah-merahan menyerlahkan lagi bunga tersebut. Maka, bunga ini dipilih sebagai close-up bukan manusia di dalam tugasan Multimedia dalam Bahasa. 

Thursday 26 September 2019

BBM3410Satu2019: Masih Di Sini





Cerita yang tidak dapat dilupakan



Cerita dan pengalaman yang saya tidak dapat lupakan ialah semasa saya menyertai khidmat komuniti di Yan, Kedah. Program ini terdiri daripada Sahabat Masjid, UPM dan penduduk di Yan, Kedah. Di dalam program ini, saya dan rakan seperjuangan saya telah mengadakan Free Market di mana, kami memberikan barang-barang seperti permainan jenis lembut, jenis keras, buku cerita, alat tulis, sabun, shampoo dan baju kepada penduduk yang berada di Yan, Kedah. 

Salah satu daripada penduduk tersebut hanya mengambil satu sabun buku sahaja. Pensyarah yang terlibat di dalam program ini memberikan sabun lebih kepada penduduk tersebut. Namun, penduduk tersebut berkata "Tak apa, berilah kepada orang lain sabun itu, saya hanya perlukan satu sabun sahaja". Berdasarkan kata-kata tersebut, ia dapat mengajar saya untuk lebih bersyukur dengan apa yang ada tanpa perlu berlebih-lebihan. 

Selesai acara Free Market, saya dan rakan-rakan bergerak ke Pulau Songsong, Kedah untuk membersihkan pantai tersebut. Terdapat sampah seperti plastik, botol, kaca dan banyak lagi sampah yang berada di pantai tersebut. Proses pembersihan mengambil masa dalam 1 ke 2 jam dan sepanjang proses tersebut saya dapat menikmati keindahan pantai. Pemandangan pantai di Pulau Songsong amat cantik. Oleh itu, kami banyak bergambar berlatarkan pemandangan pantai. 

Kami diberi kebebasan untuk melakukan apa-apa aktiviti setelah selesai membersikan pantai. Daripada peluang ini, kami mengambil keputusan untuk bermandi-manda di pantai. 

Sunday 22 September 2019

BBM3410Satu2019: Nenek dan Datuk


Sinopsis Cerita Sosial 1 (Nenek dan Datuk).



Alim dan keluarganya pulang ke kampung. Setelah sampai, Alim marah, sedih dan menangis kerana tidak melihat ayam dan itik di reban. Alim menyangka semua ayam dan itik milik datuk dan neneknya sudah mati. Namun, neneknya menunjukkan reban baru yang dibina oleh datuknya kepada Alim. Alim keliru dan menangis kerana kedudukan perabut di dalam rumah datuk dan neneknya berubah. Kelakuan Alim membuatkan keluarganya sedih namun, Alim merupakan anak yang istimewa kerana dia ialah kanak-kanak autisme.



Rujukan:

Normaliza Abd Rahim. (2019). Kajian Wacana dan Stratergi Komunikasi Teori dan Aplikasi. Terengganu: Universiti Malaysia Terengganu.





Multimedia yang boleh digunakan bagi tujuan penyebaran cerita sosial ini:


1. Multimedia Linear/ Squential.
Medium tersebut sangat berguna untuk menyebarkan cerita sosial mengenai kanak-kanak autisme. Hal ini kerana, melalui penceritaan dan perfileman ia dapat membukan mata masyarakat agar lebih prihatin terhadap kanak-kanak autisme ini. Seterusnya, cerita-cerita tersebut diposkan di media-media sosial yang lain seperti di Facebook dan Twitter.

2. Facebook
Kebanyakan pengguna media soisal mempunyai akaun Facebook. Oleh itu, cerita sosial ini boleh dikongsikan di dalam medium ini kerana dapat memberi pendedahan kepada pengguna Facebook tentang kanak-kanak autisme.


3. Twitter
Pada masa kini, masyarakat gemar berkongsi cerita melalui laman sosial Twitter. Oleh itu, cerita yang disampaikan mendapat perhatian ramai selanjutnya memberi gambaran kepada masayakat mengenai kanak-kanak ausitme ini.

BBM3410Satu2019: Etika Penulisan Blog


Etika Penulisan Blog

Menurut Normaliza Abd Rahim (2014) dalam Noraien Mansor & Normaliza Abd Rahim (2019) terdapat beberapa etika dalam penulisan blog antaranya, ialah menulis tajuk yang menarik perlu dilakukan agar dapat menarik perhatian pembaca. Hal ini kerana, pembaca akan membaca tajuk dahulu sebelum membaca isi yang terdapat di dalam sesuatu blog. Pemilihan tajuk yang jelas boleh digunakan agar, pembaca mengetahui tentang apa yang bakal mereka baca. Sebagai contoh, langkah-langkah merawat muka merupakan tajuk yang jelas dan dapat memberikan gambaran kepada pembaca walaupun pembaca hanya membaca tajuk blog sahaja.

Selain itu, pengolahan cerita yang menarik dapat menarik minat pembaca untuk terus membaca apa yang terkandung di dalam blog penulis. Hal ini kerana, pengolahan dan jalan cerita yang kurang menarik membuatkan pembaca bosan serta tidak akan meneruskan pembacaan. Oleh itu, penulis perlu mengolah cerita yang ingin disampaikan dengan cara yang menarik agar pembaca seronok membaca hasil penulisan seseorang.

Seterusnya, penggunaan ayat yang mempunyai unsur humor atau berbentuk jenaka dalam menarik minat pembaca. Hal ini kerana, unsur-unsur seperti ini memberikan keseronokan kepada pembaca untuk lebih mengetahui apa yang bakal terjadi. Pembaca berasa gembira dan lebih santai membaca sesuatu blog yang mempunyai unsur humor. Penggunaan ayat dan perkataan yang bersifat jenaka juga dapat menarik minat pembaca dari semua peringkat umur.

Selanjutnya, hujah yang terbaik perlu diberikan apabila menghuraikan sesuatu penulisan dan penulis perlu ilmu dalam menulis sesuatu penulisan. Hal ini kerana, hujah tersebut merupakan suatu bukti bahawa penulis banyak membuat rujukan ataupun tidak. Penulis yang membuat banyak rujukan dalam menghasilkan sesuatu penulisan dapat menghasilkan penulisan yang berilmiah. Penulisan yang berimliah dapat membantu pembaca untuk mengetahui banyak benda dalam sesuatu masa. Oleh itu, hujah yang terbaik penting dalam sesebuah penulisan.

Tambahan itu, penulis yang mengaitkan penulisannya dengan berita terkini merupakan penulisan yang bagus. Hal ini kerana, penulis mengetahui isu-isu semasa yang berlaku di dalam dan di luar negara. Hal ini juga menunjukkan bahawa, penulis sentiasa peka denan perubahan semasa. Sebagai contoh, isu yang berlaku di Malaysia pada ketika ini merupakan isu pencemaran udara yang semakin membimbangkan.

Etika penulisan blog yang seterusnya ialah penggunaan perkataan serta struktur ayat yang ringkas membolehkan pembaca mudah untuk membaca dan memahami sesuatu penulisan. Hal ini kerana, penggunaan ayat yang ringkas membolehkan pembaca faham dengan lebih mudah. Penggunaan bahasa yang terlalu tinggi menyebabkan pembaca sukar untuk memahami isi yang ingin disampaikan oleh penulis.

Selain itu, penulis dapat berkomunikasi dengan pembaca di dalam blog. Hal ini kerana, terdapat ruang komen yang disediakan di dalam blog tersebut agar pembaca dapat berkongsi pendapat serta pandangannya terhadap penulisan yang telah dibaca. Pendapat dan pandangan pembaca boleh digunakan untuk meningkatkan pengetahuan penulis kerana, penulis dapat memperbaiki penulisannya agar dapat menghasilkan penulisan yang lebih baik.

Akhir sekali, penulisan yang mempunyai moral dan nilai estetika dapat menarik minat pembaca untuk membaca. Hal ini kerana, sesebuah cerita yang mempunyai nilai moral yang tinggi dan keindahan dalam penulisannya membuatkan pembaca seronok untuk terus membaca. Pembaca juga dapat menitikkan nilai-nilai moral yang terdapat dalam penulisan dan dapat diterapkan dalam diri pembaca.



Rujukan:
Noraien Mansor & Normaliza Abd Rahim (2019). Eh!!! Media Sosial. Terengganu: Universiti Malaysia Terengganu. 

Friday 20 September 2019

BBM3410Satu2019: SAYA FAHAM

Lagu & Lirik: Profesor Dr. Normaliza Abd Rahim
Hak Cipta: Universiti Putra Malaysia



Saya Faham



Saya kata "Apa khabar"
Dia jawab "Khabar baik"
Ucapan untuk dia
Ucapan untuk saya

Selamat pagi, tengah hari, petang, malam
Untuk dia
Untuk saya

Terima kasih
Sama-sama
Untuk dia
Untuk saya

Terima kasih 
Sama-sama
Untuk kita
Untuk mereka





BBM3410Satu2019:DIRI

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Saya merupakan Siti Nabilah binti Rahim (191202). Saya berasal daripada Tanjong Sepat, Selangor. Saya merupakan anak kedua daripada empat orang adik beradik. Saya melanjutkan pelajaran ke peringkat Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) di Sungai Pelek, Selangor. Setelah menamatkan STPM, saya menerima tawaran untuk melanjutkan pelajaran ke Universiti Putra Malaysia (UPM) di Serdang, Selangor. Kursus yang ditawarkan oleh pihak UPM ialah kursus Bahasa dan Linguistik Melayu.

Berada di alam universiti amat berbeza dengan alam persekolahan. Pihak universiti mewajibkan pelajar tahun 1 untuk menetap di kolej dan merit perlu dikumpul agar pelajar terlibat dalam pelbagai aktiviti yang dianjurkan oleh pihak kolej. Saya menetap di Kolej 15 yang kini dikenali sebagai Kolej 12. 

Saya mengambil major Bahasa dan Linguistik Melayu dan mengambil Pengurusan Sumber (Resource Managerment) sebagai minor. Pelbagai mata pelajaran yang perlu saya ambil mengikut kehendak kursus. Antara mata pelajaran menarik yang sudah saya ambil ialah mata pelajaran Bahasa Asing. Saya mengambil bahasa asing Bahasa Thailand. Bahasa Thailand merupakan satu mata pelajaran yang snagat menarik sepanjang saya belajar di UPM. Hal ini kerana, saya dapat mempelajari bahasa, tulisan dan budaya orang Thailand. Sebagai conotoh, saya pernah terlibat di dalam salah satu acara yang sering dilakukan oleh orang Thailand iaitu Songkran (Watar Festival) yang juga dikenali sebagai Festival Air.




BBM3410SATU2019: KALENDER

Saya berjaya buat kalendar sendiri hasil ajaran En. Akmal. Terima kasih En. Akmal